Gua rase ramai yang dah tau bahawe host Piala Dunia pade 2022. Qatar, merupekan pasukan dari benua yang same dengan Malaysia. Qatar juge mempunyai satu lagi persamaan dengan Malaysia. Persamaan tersebut ialah tidak pernah layak ke Piala Dunia. Selesai saja Qatar diumukan sebagai host pade tahun 2022, mereka menerima sorakan Boo yang hebat dari delegasi atau wakil dari negara lain yang juga menghantar proposal untuk menjadi host Piala Dunia. Antare negare lain yang gagal dalam persaingan ini ialah England. Apekah yang menyebabkan Qatar ni layak? Apakah yang dipandang sangat oleh FIFA? Bende-bende macam ni memang banyak menimbulkan spekulasi. Lu orang Judge la sendiri.
Ape yang gua nak highlightskan disini ialah, persediaan yang sangat serius oleh Qatar dengan penganjuran Piala Dunia 2022 di negara mereka. Nak jadi Host Piala Dunia ni bukan sikit-sikit duit adik oii, Kalau takde million ke billion baik jadi Host MSSM jer. Dengan Dana yang disumbangkan oleh Qatar Holding hampir sebanyak 600 juta US Dollar pade peringkat awal, beberape stadium baru bakal bibina oleh mereka bagi menampung kehadiran penonton seantero dunia pade setiap perlawanan. Disamping itu stadium yang sedia ade juge bakal dibaik pulih.
Seperti Lu orang dan gua tahu, Qatar merupekan negara Arab yang sinonim dengan iklim yang panas. Oleh sebab itu setiap stadium baru yang dibina menggunakan teknologi bebas karbon dan dilengkapi suhu yang sejuk bagi keselesaan para penonton.
North Stadium
Stadium yang menyerupai Bahtera ini terletak di utara Teluk Qatar. Ianya mampu menampung penonton sebanyak 45 120 bagi setiap perlawanan. Reka bentuk stadium ini diilhamkan oleh Warisan Maritim Asia. 10 peratus penonton yang akan hadir ke North Stadium ini akan melalui jambatan yang menghubungkan Bahrain dan Qatar. Jambatan tersebut sedang dalam pembinaan yang akan dinamakan sebagai Bridge of Love.Secara peribadi, gua rase ni merupekan antare stadium terunik di dunia apabila siap nanti. Pade awalnye gua agak stadium ni diinspirasi dari kisah Bahtera Nuh.
Creek Stadium
Sebanyak 45 330 penonton boleh dimuatkan dalam stadium yang berbentuk kerang Mutiara ini. Stadium ini dibina di utara-timur Qatar. Stadium ini terletak berhampiran kawasan laut Qatar dan mempunyai pemandangan yang cantik dari dalam stadium. Jarak antara laut dan stadium ni gua pun tak pasti sangat. Tapi kalau nak cari Stadium yang dekat kawasan laut di Malaysia ni.... Jom ke Stadium Lumut.
Saliyah Stadium
Ianya terletak di sebelah Selatan Qatar. Stadium yang mampu menampung jumlah kehadiran penonton sebanyak 45 000 orang ini juga terletak berhampiran kawasan aktiviti sukan air. Ianya juga terletak berdekatan dengan Bandar yang menyediakan banyak kemudahan seperti kompleks Membeli-belah bertaraf elit.
Revamp Ahmed Bin Ali (Al-Rayyan )
Stadium yang bakal dibaik pulih ini akan ditambah tempat duduk bagi menampung penonton seramai 44 740 orang. Stadium ini akan dibesarkan lagi dan tambahan tempat duduk tersebut di buat dikawan atas stadium. Diluar stadium ini nanti akan dilengkapi skrin yang bapakk!! besarnya di sekeliling Stadium. Pehhh!!! ini memang unik. Mungkin sebab itu dorang just renovate jer... kalau buat baru, Confirm lahh boleh pegang title. Stadium Paling Mahal dalam Dunia.
Stadium renovation Thani Bin Jassim (Al Gharafa )
Stadium yang mampu menempatkan sebanyak 44 740 bilangan penonton ini bakal ditambah lagi jumlah tempat duduknya. Info yang gua dapat, tempat duduk akan ditambah dua kali ganda. Diluar binaan stadium ini akan dihiasi warna-warna bendera negara yang bakal bertanding pade Piala Dunia 2022. Hiasan warna ini melambangkan nilai Persahabatan,Toleransi,Respek dan bla..bla..bla... dalam bolasepak.
Stade Tamim bin Hamad (House of Poetry )
Merupakan stadium baru yang bakal dibina. Stadium ini diinspirasikan dari Qatari Afternoon Heritage ini akan dibina dengan jumlah tempat duduk berkapasiti 65 000. Reka bentuk Stadium ini diterapkan dengan reka bentuk Arab. Dibina dalam bentuk Khemah Badwi dan diwarnakan dengan warna SADU.
Tengok dari segi ekonomi dan kekayaan negara memang dorang mampu sangat-sangat. Selepas Korea dan Jepun dipilih sebagai host, kini giliran Qatar pulak sebagai negara dari Asia. Tapi, mampu ke Qatar nak layak ke pusingan ke dua nanti? Sebab rekod host beberape edisi Piala Dunia sebelum ni semua layak ke pusingan kedue. Kecuali Afrika Selatan pade tahun 2010. Lagi satu........
Dengor cerite Malaysia dengan Indonesia pun nak berkolaborasi same-same untuk jadi Host. bile? Logo dah start design ke?








4 ulasan:
sekali tgk wah.semenanjung arab!!
dua kali tgk.
arab semakin cinta dunia.
tapi serius lawa stadium.
tapi kapasiti kecik jer.
stadium lumut?
kehkehkeh.
stadium bukit jalil main final 2 kali setahun pun rumput macam shial...nak setat game 2 3 hari baru terhegeh2 pulihkan padang.sekarang? tidor dan gaji buta!
meor.
barca ke real madrid?
Real.
aku setuju apa yg ko ckp.
apapun Qatar layak sebab berduit pd pandangan aku.
Nasiblah fifa rule x bg transfer player untuk main negara.
klu x abes jd cam man city si Qatar ni boleh bayar memane star utk main negara dia.
cun... genius... dan seni...
tapi aku risau pembinaan stadium ni akan jadi macam korea dan jepun masa 2002... buat stadium cun dan banyak lepastu dah x digunakan sgt...
naseb baik liga diorang power dan stadium2 tu boleh diguna pakai lagi...
tapi tulah... hiburan memang tak lari dari konsep membazir...
Catat Ulasan