gambor sekadar hiasan
Mase era tahun 1990'an, Gua langsung tak pernah mengecapi Kajayaan Pasukan Bolasepak Kebangsaan
macam sekarang. Tak kire lah peringkat ape sekali pun. Mase tu jugak ramai orang prefer tengok Liga Malaysia berbanding dari Pasukan Kebangssan punye game. Mane tak nye, Asyik kalah jer... Kalau temasya SEA Games tu, bola memang tak pernah MSN letak target kot. Kalau lawan dengan negara Arab memang wajib kene 4,5 kosong. Boleh dikatekan jugak mase tu, orang tak ambik port langsung pasal Pasukan Bolasepak Kebangsaan. Mase tu jugak media TV baik dari kerajaan mahupun Swasta tak pernah langsung menayangkan klip2 lame zaman Arwah SuperMokh untuk membakar semangat penyokong mahupun player.
Nak cari Orang pakai Jersey Malaysia pun payah sangat. Entah ade jual ke tak mase tu. Sekarang lu orang tengok macam mane? Bersepah kan? Dari butik rasmi hinggalah ke Uptown mahupun pasar malam, Ade je orang Jual Jersey Malaysia. Pasukan Bolasepak Kebangsaan kite bukanlah Kuat mane. Serius gua cakap ni! Sedangkan Thailand yang menang emas SEA Games 12 kali pun payah nak layak ke Piala Asia mahupun Piala Dunia. So, ape yang lu orang expect!!
Kalau Lu orang Follow dari Dulu.... Lu orang tau la macam mane seronok dan bersyukurnye dengan Pasukan Bolasepak kebangsaan kite sekarang. Dulu mase zaman budak-budak, seingat gua takde pun antare rakan sepermainan menjadikan pemain bolasepak ketika itu sebagai idola. Tak macam bebudak sekarang. "Aku jadi Khairul Fahmi, Kau pulak jadi Muslim". "Mane Boleh, Aku nak jadi Safee Sali, aku kan striker" Itulah antara dialog yang biasa gua dengar dari luar rumah gua yang berhampiran padang permainan kanak-kanak.
Gua tak expect tinggi sangat. Dapat menang emas SEA Games 2 kali berturut-turut, itu dah cukup baik. Layak pulak peringkat akhir Kumpulan bagi kelayakan Olimpik, memang terbaik lah tu. Untuk peringkat yang lebih tinggi, Perancangan harus tinggi dan untuk lebih cemerlang, Perancangan mestilah cemerlang. ye tak? So, sebagai penyokong yang Follow dari dulu.... ini dah cukup baik.
Bagi adik-adik yang baru nak kering hingus tu, Untunglah lu orang.... sebab tak melalui zaman kegelapan Bolasepak Malaysia.

3 ulasan:
Salam..
Gua membesar zaman lu..
Awal 90'an kira O.k lg..Autralia pun x berani nk angkat muka..England pernah bolos 2 gol dgn Malaysia dek kelincahan Matlan Marjan(abg kpd Zainizam Marjan:palyer Sabah skrg)ketika itu..
Selepas sukan Asia Hiroshima,Malaysia digegarkan dgn isu mengatur perlawanan lalu lbh separuh dari pemain2 Kebangsaan digantung semumur hidup..Akibatnya,kita menjunam dgn teruk sehingga pernah dibelasah 6-0 oleh Indonesia semasa temasya sukan Sea sehingga menyebabkan coach negara ketika itu Wan Jamak(coach Kedah sekarang) terpaksa meletak jawatan..
Selama 20 tahun kita kempunan emas sukan Sea..paling hampir ketika zaman coach Steave Harris,ttp kita kalah dgn Thailand di Final..
X silap gua itulah Final terkhir kita sebelum kita kembali beraksi di Final Sukan Sea Laos pd 2009 dan Sukan Sea Jakarta/Palembang 2011..Piala AFF pun baru dua kali kita layak ke Final(sblmnya dipanggil piala TIGER,mungkin sbb piala tu nama Arak,Allah haramkan Malaysia dari jd juara)
Tetiba kita layak ke Pusingan ketiga kelayakan Olimpik setelah kali terakhir merasainya pd tahun 1980,semua org secara automatik menganggap Malaysia patut menang semua game kelayakan tuh..itu yg kelakarnya diorang neh..Celik2 mata jer nak claim Malaysia mesti menang..adoyai..
Mereka mungkin x tahu sejarah jatuh bangun Bolasepak Malaysia sehingga pernah diberi kategori B oleh MSN (tanggung perbelanjaan sendiri)jika mahu menyertai Sukan Sea sbb pusingan kelayakan Piala Asia atau sukan Asia tersangkut memanjang jer..
Gua tgk sekarang pasukan Malaysia mendapat sokongan dan perhatian byk pihak krn program2 sblmnya spt Sekolah Sukan Bukit Jalil,Akedemi bolasepak Negeri mula menampakkan hasil..Kedah melaksanakan liga bolasepak bawah 18 tahun sepanjang Tahun..
Inilah program pembangunan yg kita ada lalu jgnlah mengharapkan hasil dlm sekelip mata..
Dari segi RnD,kita masih ketinggalan berbanding Korea dan Jepun..
apa yg gua tahu,di brazil dan Jepun,kanak2 disana tidak diajar kemahiran asas dipadang rumput,ttp diatas turf krn peringkat asas perlukan kpd permukaan yg rata supaya perkembangan mereka tidak terganggu..
Setelah kemahiran asas mereka matang,barulah dibawa mereka ini bermain dipadang rumput..
Sbb itu koordinasi mereka dgn bola nampak seimbang dan mereka tidak mudah mudah kehilangan kawalan keatas bola..
Byk lg yg perlu kita pelajari..
Usah kita terlampau-lampau mengharapkan kejayaan tinggi menggunung dlm keadaan kita masih kekurangan dari segi tenaga dan kemudahan..
Lg 1 ada juga anak tempatan yg berkelana diluar sana spt Lim Teong Kim(Bayern Munich),ttp tiada gunanya mengharapkan mereka kembali jika FAM tidak mampu menyediakan apa yg beliau kehendaki mengikut piawaian beliau..
Yg baiknya,kita tidak ghairah memberi kerakyatan kpd pemain2 Import utk bermain skuad Kebangsaan sepertimana yg dilakukan oleh Singapura dan Indonesia krn ianya secara perlahan membunuh bakat2 baru dari diberi peluang..
Gua tetap sokong pasukan Malaysia krn mereka mewakili gua sebagai rakyat Malaysia utk berjuang menaikkan nama negara..Jatuh bangun mereka adalah jatuh bangun kita..jgn hanya kita bersorak bila menang,ttp kita masih belum mampu mencabar diperingkat Asia..
Lavel ketika ini hanya menampakkan sedikit peningkatan dari segi jurang perbezaan,kita cuma mampu mengelak dari dibelasah,itu sahaja..utk meang keatas gergasi2 Asia,masanya blm tiba lg..Jadi berpijaklah dibumi nyata,krn jika ubun2 masih nipis,usah diajak berlawan dgn Gergasi..Sabar dan teruskan usaha membangunkan bolasepak krn perjalanan kita masih jauh lg utk mengaum..Kebang kita baru diperingkat Asia Tenggara,jd ingat2lah dimana kita berpijak..
Apa yg semua org kena tau ialah Msia kalo nak meningkat bolasepak kena secara EVOLUSI bukan REVOLUSI... kena berperingkat2... aku masih ingat sukan sea tahun 99 ke 01... msia siap seri ngan brunei tuh... BRUNEI.. yg masa tuh main perdana 2 kat liga mesia... jgn la nak hrap sekelip mata dari x bole mkn peringkat asean terus bole fight ngan australia... x realistik langsung... semua org nak bola berkualiti... tapi penyokong2 ramai yg masih x berkualiti camna?
anyway... masa aku sekola zaman 90an dulu ada sorg idola yg masa kitorg main ptg2 nak jadi... azman adnan
u are darn correct,mate!
absolutely agreed coz i have gone through the doldrum days of our football team.
i just hope the momentum we have seen could be maintained or perhaps rose to next level like qualified to Asian Cup and Olympic first before setting higher target to reach World Cup for the very first time.
There is always a possibility,but players need to believe their abilities to make this happen and off course not just them alone.
Catat Ulasan